Kisah aku cuba turunkan berat badan setelah kawan-kawan malu nak keluar bersama





KAMI MALU NAK BAWAK KAU SEBAB KAU..
.
.
Pernah la satu hari tu aku nampak kawan2 aku keluar makan. Dorang tak ajak aku? Sampai hati.
.
Bila aku tanya, rupa-rupanya dorang malu nak keluar makan dengan aku. Sebab aku kalau makan tak ingat dunia. Semua benda nak sapu. Tak malu dah.
.
Mula-mula tu sedih sangat, Tapi aku ambik kritikan tu sebagai semangat nak kurus.

.
.
Cik Areda ni dah join macam-macam program diet. Orang kata artis A join program "Y" ni kurus banyak.
.
Aku pon join la..

Orang kata join program B, aku pon join. Sampai sudah berat aku sama jugak.

Entah mana salahnya. Aku rasa aku dah cuba ikut sebaik mungkin program tu.
.
.
Sehinggalah...
.
.
Aku buat research sikit, dan jumpa yang sebenarnya nak kurus ni 80% pemakanan kita dan hanya 20% senaman.
.
Maklumlah aku ni bukan rajin bersenam sangat, tapi at least kalau dapat buat yg 80% tu pon rasanya dah kurang banyak kot berat aku ni.


Apa itu kalori??

Selalu dengar kan kalori ni? Tapi kita tau tak apa sebenarnya kalori tu?

Kalori adalah unit ukuran untuk tenaga. Contoh macam unit ukuran untuk masa adalah saat, unit ukuran untuk panjang meter. Faham kan?


Bagaimana kalori dikira

Pernah tengok kan bila kita beli satu2 makanan kat pasaraya, kat belakang packing tu ada kandungan kalori dekat Maklumat Tentang Pemakanan.


Kalau kita tengok label atas contohnya, setiap komposisi ada ada berat sendiri. So, kita kena darab berat dalam "gram" tersebut dengan nombor pekali seperti di bawah:

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
LemakDidarab dengan 9 setiap gram.



Kat bawah ni contoh kalori dalam Nescafe Gold Creamy Latte

Contoh:

i. Karbohidrat –  75 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 300 Kalori.
ii. Protein – 1.5 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 6 Kalori
iii. Lemak -16g (Berat) x 9 (nombor pekali) =  144 Kalori

Jadi jumlah kalori untuk Creamy Latte adalah 450. 


Jadi untuk diet berkesan kita kena jaga kalori dalam makanan kita. Tapi macamana caranya?



Apa itu kalori defisit??

Bahasa mudahnya kalori defisit ini adalah perbezaan antara kalori masuk ke badan dan keluar dari badan kita. Kalori masuk tu dari pemakanan kita, kalori keluar tu melalui aktiviti harian kita yang menggunakan kalori yang ada tu sebagai tenaga.

Paham kan?

Jadi jom kita kira kalori yang kita perlu ikut berat, aktiviti dan jantina kita.


Daily Calorie Requirement Women
Weight
Age 18 to 35
Age 36 to 55
Age over 55
45 kg - 100 lbs
1760 cals
1570 cals
1430 cals
50 kg - 110 lbs
1860
1660
1500
55 kg - 121 lbs
1950
1760
1550
60 kg - 132 lbs
2050
1860
1600
65 kg - 143 lbs
2150
1960
1630
70 kg - 154 lbs
2250
2050
1660
75 kg - 165 lbs
(and above)
2400
2150
1720

Daily Calorie Requirement Men
Weight
Age 18 to 35
Age 36 to 55
Age over 55
60 kg - 132 lbs
2480
2300
1900
65 kg - 143 lbs
2620
2400
2000
70 kg - 154 lbs
2760
2480
2100
75 kg - 165 lbs
2900
2560
2200
80 kg - 176 lbs
3050
2670
2300
85 kg - 187 lbs
3200
2760
2400
90 kg - 198 lbs
(and above)
3500
3000
2600


Body Weight
Inactive
Office Worker
Bed Ridden
Computer Geek
Moderate Activity
Tradesman
Golf
Gardening
Strenuous Activity
Physical Labor
High Energy Sports
50 kg - 110 lbs
Minus 480
+ 240
+ 480
60 kg - 132 lbs
Minus 570
+ 290
+ 570
70 kg - 154 lbs
Minus 670
+ 340
+ 670
80 kg - 176 lbs
Minus 760
+ 380
+ 760
90 kg - 198 lbs
(and above)
Minus 960
+ 430
+ 860





Ok.. Contohnya jika Mas adalah seorang wanita berumur 31 tahunberat 90 kg dan suka berkebun.



Daily Calorie Requirement Women (90kg + age 31) = 2400 kcal
Category Inactive Activity = 2400 kcal + 430 kcal
                                             
                                                 = 2830 kcal

Jadi Mas memerlukan sekitar 2830 kalori sahaja sehari. Jadi Mas perlu makan dengan kalori yang lagi rendah dari 2830 sehari untuk kalori defisit yang banyak.





Cara Kira Kalori Defisit


Contohnya, jika sehari Mas hanya makan makanan kalori sebanyak 2000 kalori:

2000 kalori (masuk) - 2830(keluar) = (-) 830 kalori

Mas telah menghasilkan kalori defisit sebanyak 830. Defisit tu dah bawak maksud negative.



Tapi jika Mas makan berlebihan contohnya 3000 kalori haritu :

3000 kalori (masuk) - 2830(keluar) = (+) 170 kalori


Nampak macam 170 kalori tu sikit kan? Tapi bila setiap hari kita makan berlebihan macam tu mesti la membukit lemak dalam badan kita. Jangan nak buat pelik sangat. hehehe...

Jadi masalahnya sekarang macam mana nak pastikan kita makan jumlah kalori yang betul? 










Comments

  1. Bet of the day - YouTube - Vimeo
    Watch the videos on YouTube. Bet of the day features over 900 unique tracks from the greats of the music industry, from youtube to mp3 converter android leading bands to indie

    ReplyDelete

Post a Comment